Wednesday 20 August 2014

Cerita Tentang Satay

Al kisah..taiyib...maka tersebutlah kisah..taiyib...hehe..

Dah dekat dua minggu tak buat tempahan satay. Boleh katakana hamper setiap hari orang call minta order satay. So, bila dah selalu call lama-lama tergerak juga nak rujuk kembali buat satay ni. Tempahan cuma diambil pada hujung minggu. Kalau hari biasa nak amik order susah sikit nak buat sebab komitmen lain tinggi jugak.

Satay yang saya buat adalah jenis ayam dan daging sahaja.

Alhamduillah, one of customer yang pernah merasa satay yang saya buat adalah tokei kedai kat alamanda (food court). Hasil testing memuaskan dan berminat nak tambah satay sebagai salah satu menu kat kedai makan tu. Cuma tak boleh bagi nama kedai sebab jualan akan start 31 Ogos ni. Bila dah confirm jual baru saya akan bagitahu.

Tempahan satay diterima dengan harga RM 0.80/cucuk, jenis ayam dan daging. Kepada customer yang nak merasa sampel nanti boleh la try kat food court alamanda tu pas 31 Ogos ni. Tak perlu hantar sampel test kat customer lagi macam yang biasa buat.

Share sikit gambar satay yang buat dengan family hujung minggu lepas.

Thanks.







Monday 18 August 2014

Share Pic Tempahan Roti Jala

Tadi pagi ada customer amik roti jala yang ditempah pada jam 8.00 pagi. 100 keeping roti jala.


Sempat ambil gambar untuk share. Terima kasih.

Wednesday 13 August 2014

Senarai Harga Tempahan

Assalamualaikum dan Salam semua.

Kali ni saya nak posting berkenaan dengan harga makanan yang nurul buat. Harga ni memang standard kat mana-mana pun, cuma ada juga harga yang nurul buat ni lagi murah berbanding beberapa tempat. Minimum order untuk tempahan adalah RM 50.

Senarai harga makanan ada kat bawah ni;

1) Popia Basah - RM 0.70/biji
2) Roti Jala - RM 0.40/biji
3) Pulut kuning - RM 3.00/bungkus (polisterine)
4) Karipap (sardine/daging/ayam) - RM 0.60/biji
5) Mee hun atau mee goreng - RM 2.00/bungkus/pax
6) Nasi Impit (beserta kuah kacang) - RM 3.00/bungkus
7) Mee Rebus - RM 3.30/bungkus/pax
8) Satay (ayam dan daging) - RM 0.80/cucuk


 

So, kepada yang berminat, boleh la contact nurul ya. 0199461298.

Terima kasih.

Tuesday 12 August 2014

Tempahan dibuka

Salam semua. Sebelum ni saya banyak menerima tempahan untuk membuat satay dan satay pun memang sebenarnya kegemaran kami sekeluarga. Dah selalu buat dan kemudian terima tempahan. Sambutan memang menggalakkan. Alhamdulillah. Cuma, buat satay ni memang penat. Yelah, dari start beli ayam/daging kemudian buang tulang, potong bentuk kiub dan peram. Peram ni kena ambil masa sehari, kalau masa tak sampai sehari memang rasa enak satay ni kurang. Sampai beribu2 cucuk tempahan, tak terbuat semuanya, sampai ada yang call marah2. Huhuhu..

 

Kali ni nak ubah selera kepada tempahan lain lak. nurul terima tempahan untuk makanan yang nurul pandai masak dan buat. Kalau ikutkan kawan-kawan yang pernah makan makanan untuk ditempah ni, memang rata-ratanya kata sedap. InsyaAllah menu akan bertambah dari masa ke semasa.

 

Tempahan yang Nurul buat adalah Roti Jala, Karipap (sardin, kentang dan daging), Pulut Kuning, Pulut Sambal, Popia Basah, popia simpul, lontong, nasi himpit, mee goreng dan mee hun.

 

So, jangan segan u all. Boleh call/message nurul kat 0199461298. Penghantaran percuma kat kawasan yang berhampiran Putrajaya.

Seorang suri rumah yang mengusahakan perniagaan tempahan makanan. Produk adalah homemade dan best